Terengganu tiada hasrat tukar nama Pasar Kedai Payang

Shopee Sale

Kerajaan Terengganu tidak berhasrat untuk menukar nama Pasar Kedai Payang, kata menteri besarnya Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pada masa sama, samsuri berkata kerajaan negeri akan terus berusaha menjadikan pasar itu sebagai pasar utama Terengganu yang menjadi tumpuan kegiatan pelancongan.

"Kerajaan Terengganu tidak berhasrat untuk menukar nama Pasar Kedai Payang kepada suatu nama yang lain.

"Hal ini kerana nama Pasar Kedai Payang itu sendiri mempunyai susur galur sejarah, budaya dan resam yang unik serta dekat di hati rakyat Terengganu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming agar Pasar Payang 1, yang dijangka beroperasi sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, dijenamakan semula sebagai Central Market@Pasar Payang.

Nga berkata, dengan penjenamaan semula itu, Pasar Payang 1 akan menjadi pusat penjualan barangan kesenian dan budaya, manakala Pasar Payang 2 kekal sebagai pasar harian.

MENARIK:  Saman fitnah: Jamal tetap kena bayar RM300,000 pada Teresa

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular