Teliti semula Skim Perubatan Madani bukan untuk had akses pesakit

Shopee Sale

Penelitian semula Skim Perubatan Madani bukan bertujuan mengehadkan akses pesakit kepada penjagaan perubatan tetapi bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum untuk meningkatkan keberkesanan dan kemampanan projek berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun kecekapan penjagaan kesihatan di kemudahan Kementerian Kesihatan (KKM) meningkat dengan ketara, penambahbaikan skim itu dianggap perlu untuk mencapai keberkesanan kos.

Program yang dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) dilancarkan sebagai projek perintis pada 15 Jun tahun lepas, bertujuan mengurangkan kesesakan di hospital terutama di Zon Hijau Jabatan Kecemasan hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM).

“Adalah penting untuk tidak mengabaikan pelbagai inisiatif dilaksanakan KKM sepanjang tempoh pelaksanaan SPM.

"Kebanyakan Klinik Kesihatan (KK) di seluruh Malaysia telah meningkatkan kapasiti perkhidmatan waktu tambahan sedia ada, beroperasi sehingga 9.30 malam pada hari biasa dan bermula 9 pagi hingga 1 petang pada Sabtu.

“Enam KK yang terpilih turut menyediakan perkhidmatan setengah hari tambahan pada Ahad dan cuti umum berdasarkan projek Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), pada masa sama KKM telah menambah baik perkhidmatan Jabatan Kecemasan hospital dengan memobilisasikan kakitangan perubatan secara strategik untuk memantapkan tenaga kerja di jabatan berkenaan,” katanya.

Semalam, Dzulkefly berkata keputusan untuk memfokuskan semula Skim Perbatan Madani kepada hanya 10 daerah seperti dalam fasa pertama skim itu bermula 26 Feb, selepas mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan semasa kerajaan.

ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) dalam kenyataan pada 27 Feb lepas memaklumkan 10 daerah itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang (Selangor); Johor Bahru (Johor); Kinta (Perak); kawasan Timur Laut Pulau Pinang; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

MENARIK:  Hasrat meninggal dunia di tanah suci termakbul

Dzulkefly berkata pengundian daerah untuk pelaksanaan skim itu juga akan mencerminkan pengagihan sumber yang adil, tanpa meminggirkan negeri-negeri separa bandar termasuk di Pantai Timur, Utara dan Timur Malaysia.

“Pesakit-pesakit dengan penyakit ringan di luar daerah terpilih masih boleh mendapatkan rawatan di KK dan Zon Hijau hospital, dengan masa menunggu yang panjang biasanya tidak menjadi masalah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan ikhlas KKM kepada semua pengamal am atas penyertaan aktif mereka dalam Skim Perubatan Madani.

“Sejajar dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan (HWP), KKM komited untuk memperkukuhkan kerjasama awam-swasta dalam pelbagai aspek,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular