Surina Shukri, bekas CEO MDEC kembali ke rahmatullah

Shopee Sale

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi disisi keluarganya susulan penyakit kanser, maklum kenyataan keluarga.

Surina, 48 tahun, menerajui MDEC sejak 2019 dan menyumbang dalam pembangunan agenda digital negara.

Allahyarhamah meninggalkan suami Jasmin Ong Rashid, dan tiga anak Ean, Arianna dan Zac.

Solat jenazah dijadual diadakan di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur pada tengah hari ini sebelum dikebumikan.

Suria bekas pengarah bukan eksekutif bebas Capital A (dulu dikenali sebagai AirAsia Group) dan CIMB Investment Bank Bhd.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai anggota Institut Pendidikan untuk Keamanan Mahatma Gandhi, Unesco dan ahli lembaga pengarah Accelerate Global.

Surina memperoleh ijazah berkembar di Wharton School of Business dan School of Engineering and Applied Sciences di Universiti Pennsylvania.

MENARIK:  'Kontena terbang': SPRM akan tahan 3 lagi individu, termasuk warga Singapura

Sebelum menyertai MDEC, dia bertugas sekitar 17 tahun dalam bidang perbankan dan pelaburan, termasuk di JPMorgan Chase & Co.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular