Sultan Kelantan titah kerajaan negeri teroka tenaga boleh baharu

Shopee Sale

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar kerajaan negeri dapat meneroka bidang tenaga boleh baharu seperti hidrogen.

Titah baginda, Kelantan yang kaya dengan sumber air seharusnya memanfaatkan tenaga boleh baharu itu.

“Hidrogen kini dilihat sebagai satu sumber tenaga altenatif yang efektif dan mampu mengenyah karbon dalam sektor tenaga.

“Ia merupakan sumber lebih bersih kerana tidak mengeluarkan gas rumah hijau.

“Kelantan yang kaya dengan sumber air seharusnya memanfaatkan tenaga boleh baharu ini,” titah baginda sempena istiadat pembukaan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Teks ucapan titah baginda itu dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud.

Sementara itu Sultan Muhammad V berkata istana dimaklumkan satu pasukan khas bagi mengadakan kajian kebolehlaksanaan mekanisme perdagangan karbon dan hidrogen sudah diwujudkan.

“Justeru itu, beta berharap agar langkah tersebut dapat memastikan kelestarian alam sekitar dan menjadi salah satu punca hasil baru kepada kerajaan beta pada masa hadapan,” titah baginda.

Dalam perkembangan lain Sultan Muhammad turut berharap projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat disambung sehingga ke Rantau Panjang bagi memacu pertumbuhan ekonomi antara Malaysia dan Thailand.

MENARIK:  Lelaki pukul ibu hingga cedera di kepala, patah dua gigi

“Dengan sokongan jaringan pengangkutan awam bersepadu seperti projek ECRL, beta percaya rakyat sejagat bakal menikmati pertumbuhan sosio-ekonomi yang lebih baik.

“Besar harapan beta agar projek ECRL dapat disambung sebingga ke Rantau Panjang bagi memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan serta mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand,” titah Sultan Muhammad V.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular