Stesen LRT KLCC ditutup sementara berikutan kepulan asap

Shopee Sale

Stesen Sistem Aliran Ringan (LRT) KLCC ditutup sementara, susulan kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik di stesen berkenaan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan menyarankan penumpang untuk ke Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Perkhidmatan bas peranantara percuma turut disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen KLCC dan Stesen Dang Wangi.

MENARIK:  Hassan: Tak elok sangka buruk, dengar dulu ucapan Anwar malam ini

“Orang ramai boleh merujuk media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE untuk maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Komander Operasi Penguasa Bomba Kanann II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohamed Azimin Mohamed Zahidi dalam kenyataan mengesahkan panel kotak suis pam di stesen berkenaan terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 4.15 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota serta pegawai ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba dilokasi kejadian, api telah dipadamkan oleh pasukan Tindakan Kecemasan KLCC dengan menggunakan alat pemadam api jenis Carbon Dioxide (CO2) bagi memadam kebakaran tersebut.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Tiada mangsa yang terlibat dan keadaan terkawal,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular