SPRM tak jumpa rekod transaksi pegawai JPM dan NGO

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dapatan itu diperoleh SPRM berdasarkan siasatan awal terhadap aktivis politik pro-Perikatan Nasional Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga yang didakwa menerima ganjaran untuk membantu NGO itu mendapat geran kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata terdapat tohmahan yang mendakwa pihak JPM mendapat wang kembali selepas memberikannya kepada NGO terbabit.

“Siasatan mendapati dana itu diberi kerajaan kerana NGO terbabit membuat permohonan namun setakat ini tiada indikator yang menunjukkan wang itu diberi kepada pegawai tertentu di JPM,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre di Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali hari ini.

Ratu Naga

Azam turut mengulangi kenyataan beliau bahawa SPRM tidak menahan Ratu Naga sebaliknya hanya memanggil beliau dan pihak lain untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan itu.

“Saya nak betulkan kenyataan beberapa pihak iaitu beliau tidak ditangkap. Kami memanggil semua termasuk saksi-saksi lain terlibat dengan NGO itu,” katanya.

Aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan telah menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata pihaknya memberikan tempoh lanjutan bagi dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan harta mereka.

MENARIK:  'Tak sampai 2 tahun, kerajaan PN Perlis dah terpalit siasatan SPRM'

Beliau berkata kedua-dua anak Dr Mahathir iaitu Tan Sri Mohkzani dan Mirzan sebelum ini ada memohon lanjutan masa bagi mengisytiharkan harta dimiliki.

“Susulan permohonan lanjutan yang dipohon, menjadi satu kewajaran bagi pihak SPRM melanjutkan tempoh yang diberikan sebelum ini dan tempoh lanjutan selama 30 hari lagi diberikan setelah tempoh pertama diberikan bermula 17 Jan lepas untuk mengisytiharkan harta.

“Ini kerana harta-harta yang terlibat untuk disiasat adalah banyak dan perlu lebih terperinci untuk mendapatkan dokumen atau akaun yang berkaitan,” katanya pada sidang media sama.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular