SPRM – Ratu Naga tiada hak diwakili peguam semasa pemeriksaan lisan

Shopee Sale

SPRM berpandangan bahawa anggota Bersatu, Syarul Ema Abu Samah atau juga dikenali sebagai Ratu Naga tidak mempunyai hak untuk diwakili oleh peguam semasa pemeriksaan lisan kerana ia sebagai sebahagian daripada siasatan.

Badan pemantau antirasuah itu juga berhujah bahawa penulis blog yang lantang itu hanya mempunyai hak untuk mendapatkan peguam jika dia benar-benar ditangkap.

SPRM membangkitkan perkara ini dalam afidavitnya sebagai menjawab tuntutan Syarul Ema yang mahu mempertahankan haknya untuk mendapatkan representasi undang-undang semasa disoal oleh agensi itu.

Tindakan undang-undangnya ke atas SPRM, ketua pesuruhjayanya Azam Baki dan kerajaan persekutuan dikaitkan dengan dakwaan penahanannya oleh agensi antirasuah itu pada 16 Feb lalu.

Dalam pemfailannya, anggota penguasa bahagian perisikan ibu pejabat SPRM Tengku Nur Diyana Syamimi Tengku Zolnurin menafikan berlaku tangkapan sebenar.

Pegawai anti rasuah itu berhujah bahawa plaintif secara rela hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas diberikan notis untuk disoal siasat.

Tengku Nur Diyana berkata bahawa hak asasi dan kebebasan peribadi Syarul Ema di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak timbul kerana plaintif tidak ditangkap mahupun ditahan.

MENARIK:  Sungai di Alaska bertukar warna oren

“Pada setiasa masa material, plaintif tidak ditangkap. Oleh demikian, Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada plaintif.

“Saya telah dinasihati oleh peguam persekutuan dan sesungguhnya menyatakan bahawa plaintif tidak berhak terhadap relif-relif yang dipohon dalam saman pemula ini,” kata Tengku Nur Diyana dalam afidavit yang dilihat oleh Malaysiakini.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular