‘SPRM mesej tak sampai sejam lepas saya dakwa ditawar RM1.7 juta’

Shopee Sale

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata dia akan memberi kerjasama kepada SPRM berhubung dakwaan dia ditawarkan habuan serta peruntukan RM1.7 juta untuk menukar sokongannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mendakwa dia dihubungi pegawai SPRM selepas membangkitkan dakwaan itu di sidang Dewan Rakyat tengah hari tadi.

"Tak sampai satu jam selepas saya berucap, saya dapat mesej dari pegawai SPRM minta saya hubungi mereka. Saya akan patuhi.

"Cuma saya nak tanya apa tindakan yang akan diambil untuk menghentikan penggunaan wang rakyat sebagai umpan kepada ahli parlimen Bersatu?" dakwanya di Facebook, hari ini.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Wan Saiful turut mendakwa dia telah hadir empat pertemuan dengan individu berbeza yang memujuknya untuk menyokong Anwar.

Selain tawaran peruntukan, dia mendakwa turut ditawarkan peruntukan untuk "Projek Mesra Rakyat", selain tawaran untuk membatalkan pendakwaan jenayah yang dihadapinya.

Dakwaan itu mengundang kekecohan dengan ahli parlimen kerajaan menyifatkan Wan Saiful sekadar menjaja khabar angin

“Kalau anak jantan, buat laporan SPRM," kata Ahli Parlimen Jeluton RSN Rayer.

Bagaimanapun Wan Saiful berkata dia tidak pelik jika dakwaan itu dinafikan oleh pihak kerajaan.

"Tak apalah, kita faham mereka terpaksa spin," katanya lagi.

Setakat ini, sudah enam ahli parlimen Bersatu yang menyuarakan sokongan kepada Anwar.

Pembangkang mendakwa peralihan sokongan itu dibuat menerusi ancaman dan tawaran habuan kepada mereka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal - yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Anwar - mendakwa ada lebih 10 lagi ahli parlimen Bersatu yang akan berbuat demikian.

MENARIK:  Don Daniyal 'direhatkan terus' dari Salam Baitullah

Bersatu bercadang untuk meminda perlembagaannya dalam perhimpunan agung khas yang dijadual berjalan hujung minggu ini.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin sebelum ini berkata pindaan itu bagi memastikan tiada lagi penukaran sokongan dalam kalangan wakil rakyat parti itu.

"Mesyuarat (Majlis Pimpinan Tertinggi, MPT) bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang khianat bagi maksud pengosongan kerusi dan Bersatu bersedia untuk berdepan pilihan raya kecil (PRK).

"Selaras dengan ketegasan itu, MPT juga bersetuju meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu menghalang insiden sama daripada berulang di masa hadapan," katanya lagi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular