SPRM: Lanjutan masa untuk Mokhzani kerana libatkan banyak harta

Shopee Sale

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani diberi tempoh lanjutan untuk mengisytiharkan hartanya kerana ia melibatkan banyak aset.

"Mokhzani ada memohon tambahan masa sebelum ini dan SPRM telah melanjutkannya selama 30 hari lagi.

"Tempoh masa yang diberikan itu adalah wajar, berdasarkan penerangan pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan.

"Ini kerana harta-harta yang terlibat untuk disiasat adalah banyak dan perlu lebih details (terperinci) untuk mendapatkan dokumen atau akaun berkaitan," katanya, seperti dilapor media.

Semalam, Azam mengesahkan bahawa Mokhzani, seperti abangnya Mirzan, turut diberikan tempoh lanjutan untuk mengisytiharkan harta mereka.

Adik-beradik itu telah dikeluarkan perintah di bawah Seksyen 36 Akta SPRM, yang memerlukan mereka mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh 30 hari.

Tempoh notis asal sepatutnya tamat pada pertengahan bulan ini.

SPRM telah memanggil Mirzan dan Mokhzani untuk disoal siasat bulan lepas, walaupun sifat sebenar siasatan itu tidak jelas.

Pada 6 Feb, Azam memberi amaran bahawa jika adik-beradik itu gagal menjawab dalam masa yang ditetapkan, mereka boleh menghadapi pertuduhan jenayah.

Susulan itu, mereka mengeluarkan kenyataan meminta pihak berkuasa bersabar kerana mereka perlu mengumpulkan maklumat selama 43 tahun.

Minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan bahawa siasatan rasuah, yang juga tertumpu kepada orang kepercayaan Mahathir dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, bermotifkan dendam.

MENARIK:  Nahas Dungun: Suami pemandu wanita lega waris mangsa terima mohon maaf

Dia juga membidas pihak yang mencadangkan agar mereka yang sudah lanjut usia tidak diheret.

Sebelum ini, Daim dan isterinya, Na'imah Abdul Khalid, yang didakwa gagal mengisytiharkan hartanya, menuduh Anwar cuba balas dendam.

Perseteruan mereka bermula sejak 1998 apabila Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan dikenakan tuduhan liwat.

Anwar menegaskan bahawa pertuduhan itu adalah konspirasi politik yang direka oleh Mahathir dan mereka yang dikaitkan dengan yang bekas perdana menteri itu.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular