Sng gesa KDN buat SOP baru percepat ujian makmal

Shopee Sale

PARLIMEN | Ahli Parlimen Julau Larry Sng menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperincikan prosedur operasi standard (SOP) baru bagi laporan ujian makmal jenayah.

Ini susulan dia hampir diserang oleh sekumpulan samseng tempatan di Julau pada akhir bulan lalu.

Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu berkata sementara siasatan kesnya selesai oleh polis, pihak berkuasa masih menunggu keputusan rasmi ujian makmal ke atas suspek sebelum tindakan lanjut.

"Saya ingin berterima kasih dengan Yang berhormat Menteri Dalam Negeri dan pihak polis tempatan dengan tindakan yang serius, tetapi setakat hari ini laporan keputusan rasmi ujian makmal bagi yang tertuduh belum lagi di perolehi.

"Saya difahamkan bahawa process ujian makmal ini mengambil masa dari satu hingga tiga bulan, meskipun kes ini berprofil tinggi dan diberikan keutamaan dari pihak polis.

"Saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan, bolehkah proses ini di percepatkan?

"Bukanlah untuk kes saya ini sahaja, malah untuk merangka SOP yang baharu untuk semua kes Laporan ujian makmal penjenayah keseluruhannya. Padahal laporan sebegini dapat diselesaikan dalam masa seminggu sahaja,” katanya semasa perbahasan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Bulan lalu, Sng berkata, kumpulan samseng itu telah memaksa pemilik kedai kopi membeli barang seludup mereka di Pakan dan Julau serta memerah margin keuntungan daripada pekedai.

MENARIK:  Pelajar wanita Iran protes gangguan pemakaian ketat, tanggalkan baju

Tambahnya mereka yang menentang akan menerima ancaman.

Polis telah menahan empat suspek berusia antara 32 dan 53 tahun itu pada 12 Feb, kurang 24 jam selepas Sng membuat laporan mengenai perkara itu.

Sementara itu, Sng meminta sistem pelaporan polis disediakan di bandar Pakan, kerana pada masa ini tiada satu pun yang tersedia.

"Buat masa kini, sebarang laporan cuma dapat dibuat di pekan Julau dan ini mengambil masa untuk diproses,” katanya.

Pakan dan Julau terletak kira-kira 66 kilometer dari satu sama lain dan jarak perjalanan memerlukan satu jam pemanduan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular