SESB perluas projek pasang meter prabayar di setinggan Sabah

Shopee Sale

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang meluaskan pelaksanaan projek Independent Power Distributor (IPD) dengan meter prabayar bagi mengatasi kegiatan penyambungan elektrik haram terutama di kawasan penempatan setinggan di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata terbaru projek IPD khas dengan meter prabayar untuk pembekalan elektrik bakal dilaksanakan di kawasan penempatan setinggan di daerah Tawau, lokasi kedua selepas Kampung Forest di Sandakan pada Oktober tahun lalu.

Katanya, pelaksanaan projek IPD di Kampung Forest, Sandakan berjaya meminimumkan kejadian gangguan bekalan elektrik, vandalisma dan kualiti voltan rendah di kawasan sekitarnya.

“Pelaksanaan projek IPD di Kampung Forest membuktikan bahawa projek ini adalah jalan penyelesaian bagi isu penyambungan haram yang amat merugikan SESB kerana tidak dapat mengutip hasil penggunaan elektrik,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Katanya, baru-baru ini SESB telah memulakan proses awal tinjauan bagi mendapatkan maklumat dan skop untuk melaksanakan projek IPD di Tawau.

Mohd Yaakob berkata cadangan pelaksanaan projek IPD itu telah dikongsikan dengan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui semasa lawatannya ke Kampung Hidayat, Tawau yang turut disertai Pengerusi SESB, Datuk Seri Madius Tangau pada Khamis lalu.

“Cadangan pelaksanaan projek ini kemudiannya akan diusulkan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) bagi tujuan untuk mendapatkan lesen IPD dan kadar tarif jualan,” katanya.

MENARIK:  Pemuda PAS: K'jaan patut patuh titah Agong jangan main politik

Sementara itu, beliau berkata SESB juga sedang bekerjasama dengan ECoS untuk memastikan bekalan elektrik dapat dibekalkan kepada pendududk di beberapa kampung di Kota Belud.

Katanya, kemudahan bekalan elektrik yang disalurkan ke 19 buah kampung berkenaan adalah di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KPLPBW).

Menurutnya, pihaknya menjangkakan kesemua kampung yang terlibat dengan projek itu akan mendapat bekalan elektrik pada bulan depan.

“SESB sedang bekerjasama sepenuhnya bersama ECoS untuk memantau kemajuan dan status projek berkenaan yang kini 95 peratus telah siap,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular