Semak fakta: Mesej palsu Starbucks, Coffee Bean ‘haram’ tular semula

Shopee Sale

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mesej tular yang mendakwa bahawa jabatan itu menyenaraikan rangkaian kopi Starbucks dan Coffee Bean sebagai "haram" adalah palsu.

Wakil jabatan itu mengesahkan perkara tersebut kepada laman web Cilisos bahawa mesej itu memang tidak sahih dan kedua-dua jenama itu adalah pemegang sah pensijilan halal Jakim.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Jakim menjelaskan perkara tersebut.

Pada 2019, jabatan itu mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan status halal jenama berkenaan, dengan mengatakan bahawa mesej palsu yang mendakwa sebaliknya ditularkan pada tahun 2016.

Pada 2014, pendakwah Zazahan Mohamed juga menafikan dakwaan bahawa dia menuduh dua rangkaian makanan dan minuman itu "haram".

Dia membuat satu lagi penafian pada 2019, apabila isu itu timbul semula.

Mesej itu, yang ditularkan semula media sosial WhatsApp dalam beberapa minggu lalu, mendakwa bahawa rangkaian makanan itu menggunakan pelbagai bahan yang berasal daripada daging babi atau mengandungi alkohol.

Ia mendakwa bahawa ia menggunakan pengemulsi 471 dan mono-digliserida dalam minumannya serta buah ceri yang dicelup dalam alkohol dan rum dalam kek tiramisu.

Pengemulsi 471 ialah asid lemak yang digunakan dalam banyak produk makanan. Ia biasanya dibuat daripada soya, tetapi ada juga dibuat daripada lemak haiwan.

MENARIK:  Menteri minta HRW kongsi data tahanan imigresen diseksa, mati

Menurut platform semakan fakta MyCheck, mesej itu juga antara lain, menyasarkan rangkaian minuman Tealive, dan sekali lagi tersalah mengaitkan dakwaan ini kepada Zazahan.

Jakim juga menafikan dakwaan ini pada 2019.


Malaysiakini, MyCheck dan Cilisos adalah sebahagian daripada anggota pemeriksa fakta Malaysia JomCheck.

Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian tip di 017-477 6659 (teks WhatsApp sahaja, tiada panggilan) atau melalui pautan ini.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular