'Sejarah dengan Azmin tak boleh dipadam tapi saya juga orang Muhyiddin'

Shopee Sale

Walaupun dengan kejayaan terbaru dipilih sebagai ketua Pemuda Bersatu, label "orang Azmin" masih melekat pada Adun Gombak Setia Muhammad Hilman Idham dan dia nampaknya tidak kisah dengan hal itu.

Ahli politik berusia 39 tahun itu menyorot bahawa dia memulakan kerjayanya dalam politik 16 tahun lalu, sebagai penulis ucapan Mohamed Azmin Ali, dan kemudiannya sebagai setiausaha politik kepada Adun Hulu Kelang itu.

Pada masa itu, Azmin juga sedang membina namanya dalam PKR, pertama kali dipilih sebagai timbalan presiden parti itu pada 2010 dan empat tahun kemudian dinamakan sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang meletakkan jawatan ekoran politik dalaman.

“Sejarah saya dengan Azmin tidak boleh dipadam,” kata bekas timbalan ketua pemuda PKR itu dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

"Saya berkhidmat dengan beliau sehinggalah PN tidak lagi kembali di tampuk kuasa," kata Hilman merujuk ketika Azmin merupakan menteri persekutuan sehingga Langkah Sheraton pada 2022.

Azmin menerajui Selangor sebagai menteri besar sepenggal sehingga 2018, tahun Hilman pertama kali bertanding dan menang di Gombak S

Azmin pada masa itu juga ahli parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa, tetapi pada pilihan raya negeri Selangor lepas memegang kerusi Hulu Kelang.

“Secara kebetulan diberi amanah bertanding di DUN Gombak Setia di bawah Parlimen beliau, malah saya kekal di DUN yang berdekatan dengan DUN beliau di Hulu Kelang.

"Untuk kita terus maju ke hadapan, kita tidak perlu bersikap apologetik terhadap perkara ini," katanya.

"Hari ini, di dalam Bersatu saya bukan hanya ‘orang’ Moha­med Azmin sahaja, tetapi, saya juga ‘orang’ Muhyid­din.

MENARIK:  Harga diesel turun lagi 5 sen

"Sebab itu saya sentiasa tegaskan, di dalam perjuangan ini, kita harus punya idealisme, prinsip jelas dan setia kepada pemimpin dan Mohamed Azmin salah seorang pemimpin dalam Bersatu.

"Kita boleh menjadi orang sesiapa sahaja asalkan berpegang kepada prinsip saya nyatakan,” tegasnya.

Melangkah ke hadapan, Hilman berkata dia akan berhubung dengan pemimpin Pemuda Bersatu di seluruh bahagian dan cawangan di seluruh negara dalam tempoh 100 hari pertama sebagai ketua sayap parti itu.

Pemilihan Bersatu bulan lalu berakhir dengan pasukan "kompromi" presiden parti Muhyiddin Yassin yang terdiri daripada Ronald Kiandee, Mohd Radzi Md Jidin, dan Ahmad Faizal Azumu dipilih sebagai naib presiden.

Pemimpin yang sealiran dengan Azmin - yang sering digelar "kartel" - juga dipilih menjawat jawatan dalam majlis tertinggi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular