Scam ayam: Peserta lega polis mula bertindak

Shopee Sale

Peserta bagi projek ternakan ayam kampung yang dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mula menarik nafas lega setelah pihak polis mula merakam keterangan beberapa individu yang melabur dalam projek itu.

Pesara swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Jamil yang mendakwa menjadi mangsa program itu berkata pihak polis telah mula memanggil beberapa orang daripada mereka yang telah membuat laporan sebelum ini.

"Alhamdulillah ramai yang buat laporan polis telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara ini.

"Sedikit kelegaaan buat kami apabila pihak polis bertindak dan harap kebenaran akan terungkai selepas ini," katanya kepada Malaysiakini.

Pada 7 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan segelintir pesara swasta merana apabila"menginfakkan" duit simpanan sebanyak RM300,000 bagi projek ternakan ayam kampung yang dikendalikan sebuah organisasi yang beroperasi di utara tanah air.

Tertarik dengan manfaat seumur hidup mendorong pesara swasta berkenaan melaburkan "wang pencen" untuk meraih kesenangan.

Namun malangnya, dengan harapan untuk hidup dengan tenang selepas bersara dan menikmati kehidupan selepas pencen, pesara ini terpaksa kembali bekerja selepas manfaat yang diharap daripada pelaburan tidak menjadi kenyataan.

Menceritakan perkara itu, anak kepada pesara berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mr H berkata ayahnya kini terpaksa melakukan pelbagai kerja kampung demi meneruskan kelangsungan hidup.

"Saya cukup terkilan dengan apa yang berlaku, ayah menghabiskan RM300,000, akhirnya kena 'scam' kepada penggerak projek ternakan itu.

"Siapa yang tak tertarik, jika infak dalam program ini dapat manfaat seumur hidup.

MENARIK:  Kebebasan media merosot: Fahmi memalukan negara, kata Wan Saiful

"Sumbang (labur) RM250, dapat manfaat RM13 setiap bulan sepanjang hayat, mungkin di sini ayah menganggapnya sebagai pelaburan persaraan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Jamil berkata ada peserta projek ternakan ayam kampung itu juga mula mengambil tindakan undang-undang terhadap NGO berkenaan.

"Ada dalam kalangan kami telah memulakan proses saman terhadap NGO bagi mendapatkan kembali wang yang dilabur.

"Sekarang dalam proses mahkamah dan menunggu perbicaraan," katanya lagi.

Berdasarkan writ saman yang dilihat Malaysiakini terdapat kumpulan peserta mengemukakan saman sebanyak RM100 juta kepada NGO terbabit.

Malah, setelah artikel pertama disiarkan Malaysiakini pada 7 Jun lalu, ramai yang menjadi mangsa tampil berkongsi kisah dan menyalurkan maklumat tambahan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular