Ringgit jatuh: ‘Pembangkang juga salah, asyik cakap tukar kerajaan’

Shopee Sale

Pembangkang juga patut dipersalah susulan kejatuhan nilai ringgit dan keadaan ekonomi semasa, kata Salleh Said Keruak.

Bekas menteri Umno itu berkata, pembangkang terus bercakap tentang agenda menjatuhkan kerajaan, menyebabkan keyakinan pelabur terjejas.

“Kestabilan politik ialah kunci kepada keyakinan pelabur asing ke negara ini, dan memberi kesan terhadap pertukaran asing mata wang tempatan.

“Jika pembangkang asyik bercakap tentang hasrat mereka untuk menjatuhkan atau menukar kerajaan kepada media asing, ia tentunya memberikan gambaran negatif tentang negara ini, yang akan menjelaskan keyakinan pelabur asing dan menghindar pelaburan asing ke negara ini,” kat Salleh.

Salleh Said Keruak

Justeru, katanya, mereka patut berhenti menjejaskan kestabilan politik dan “sabotaj” terhadap ekonomi dan meletakkan tanggungjawab penuh kepada kerajaan semasa-mata.

Terdahulu hari ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kejatuhan nilai ringgit tidak menjejaskan keyakinan pelabur.

Katanya, Malaysia mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah, kadar inflasi menurun dan pengangguran berkurangan.

MENARIK:  Gadis didakwa tekap sudu panas pada 4 kanak-kanak perempuan

Pertumbuhan ekonomi pula, katanya, berdaya tahan sama seperti negara jiran.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin pada awal bulan ini berkata kerajaan seperti acuh tak acuh dalam menangani ekonomi negara.

[Baca berita asal]

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular