Ringgit dijangka mengukuh berbanding Dolar AS pada 2024 – Amir Hamzah

Shopee Sale

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan menjangkakan ringgit mengukuh berbanding dolar AS tahun ini susulan petunjuk daripada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang membayangkan bahawa kitaran kenaikan kadar faedahnya bakal berakhir tidak lama lagi.

Rizab Persekutuan (Fed AS) telah menaikkannya kadar faedahnya sebanyak 11 kali sejak Mac 2022 kepada paras semasa 5.25-5.50 peratus ketika ini.

"Kenaikan kadar faedah AS kemungkinan telah mencapai tempoh penghujungnya, jadi kita menjangkakan tahun ini kita sepatutnya melihat kenaikan kadar faedah akan berakhir, dan sekiranya tidak ada sebarang peristiwa geopolitik yang besar, kita seharusnya melihat ringgit mengukuh sepanjang tahun,” katanya.

“Selain itu, semua usaha gigih Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) juga akan memainkan perananan dalam mengukuhkan ekonomi tempatan.. ini pasti akan meningkatkan (prestasi) ringgit ,” katanya kepada Bernama dalam sesi temu bual sulung beliau sejak menyandang jawatan tersebut pada Disember 2023 lepas.

Amir Hamzah, bagaimanapun, enggan membuat sebarang unjuran tentang prestasi ringgit berbanding dolar AS pada akhir tahun.

“Dari segi prestasi, biarlah kita tunggu. Biar pasaran yang memutuskannya,” katanya.

Ringgit ditutup kepada 4.7850/7890 berbanding dolar AS pada 6 petang hari ini berbanding 4.7765/7820 pada Jumaat minggu lepas.

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk menambat ringgit berbanding dolar AS,  Amir Hamzah berkata situasi pada masa ini amat berbeza berbanding apa yang berlaku semasa Krisis Kewangan Asia pada 1998.  

“Semasa kita menambat ringgit berbanding dolar AS pada 1998, kita bertindak balas terhadap senario yang sangat berbeza dan kapasiti kewangan negara yang sangat berbeza. Tetapi, hari ini, apabila melihat kepada rizab negara, pendedahan hutang dan kecairan kewangan dalam pasaran, Malaysia tidak perlu menambat mata wangnya.

MENARIK:  GISBH: 8 didakwa setakat ini, termasuk seorang dipenjara 10 tahun

“Selain itu, Fed juga memberi bayangan yang mereka akan menamatkan kitaran kenaikan kadar faedahnya, jadi biarlah mata wang menyesuaikan semula seiringan dengan elemen ini,” katanya. 

Mengenai kadar dasar semalaman (OPR) yang dikekalkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tiga peratus sejak Mei 2023, Amir Hamzah berkata kadar semasa OPR berada pada tahap yang boleh membantu memudahkan pertumbuhan ekonomi. 

“Kadar inflasi Malaysia masih rendah, jadi BNM tidak perlu menggunakan instrumen monetari untuk membendungnya. Kadar tiga peratus pada masa ini (diperlukan) untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi,” katanya. 

Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) menunjukkan bahawa inflasi Malaysia, yang diukur oleh indeks harga pengguna (IHP) kekal pada 1.5 peratus pada Disember 2023, menjadikan inflasi tahunan 2023 berada pada kepada 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2022.

Inflasi teras meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.9 peratus pada Disember 2023 berbanding dua peratus pada November 2023, menjadikan kadar inflasi teras tahunan kepada tiga peratus.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular