‘Prestasi penjawat awam baik, tiada sebab lewatkan kajian sistem saraan’

Shopee Sale

Prestasi baik yang ditunjukkan penjawat awam memberi keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum ia dimuktamadkan.

Beliau turut memberi contoh kejayaan Program Madani Rakyat Zon Tengah melibatkan kerjasama semua peringkat jawatan daripada pelbagai kementerian dan pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semua ini menyebabkan rakyat bukan sahaja di Kuala Selangor, malah dari Perak juga datang berkunjung kerana dia lihat semangat Madani itu wujud di peringkat bawah iaitu memudahkan pendaftaran, memudahkan pembayaran, meringankan beban rakyat, jadi saya ucap terima kasih setinggi-tingginya kepada semua yang terlibat.

“Ia bertambah meyakinkan saya kerana sekiranya kita bagi jalur yang baik, peringatan yang baik termasuk bonus semalam yang baik, semangat kerja pun meningkat, sebab itu penjawat awam ini tugas mereka sangat penting untuk kita.

“Kalau inilah prestasi penjawat awam, di peringkat tertinggi dan serendah-rendahnya, tidak ada sebab mengapa kita tak boleh kaji sistem saraan tahun ini,” katanya pada perasmian penutup Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompeks Sukan Kuala Selangor hari ini.

Perdana Menteri berkata walaupun negara mempunyai kekangan kewangan dan masalah ekonomi, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian kerana sudah lebih 10 tahun sistem saraan penjawat awam itu tidak melalui perubahan.

MENARIK:  Polis kesan lelaki viral berpaut belakang lori

Justeru, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali akan bersama-sama menjalankan kajian berkenaan dan perkara itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Anwar sebelum ini berkata hasil kajian SSPA dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini.

Beliau berkata sudah tiba masanya proses itu dicepatkan bagi memberi manfaat kepada penjawat awam di seluruh negara.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular