Prasarana tuntut pampasan RM38 juta isu kerosakan struktur LRT Bandaraya

Shopee Sale

Prasarana Malaysia Berhad akan menuntut pampasan sebanyak RM38 juta daripada pemaju dan pemilik tapak projek yang bertanggungjawab terhadap kerosakan pada struktur stesen LRT Bandaraya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tuntutan pampasan yang menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan kereta api antara stesen LRT Bandaraya dan stesen LRT Masjid Jamek akan dilakukan melalui prosiding undang-undang.

“Jumlah itu termasuk kos membaiki kerosakan, gangguan operasi serta perkhidmatan bas peranantaraan.

“Arahan kementerian ketika itu ialah membaiki (struktur) dahulu sebelum meminta pampasan.

“Kami tidak boleh menunggu proses undang-undang berlaku sebelum pembaikan,” katanya dalam sidang media selepas melakuan lawatan sempena pembukaan semula laluan stesen LRT Bandaraya-Masjid Jamek hari ini.

[Berita penuh menyusul]

MENARIK:  PAS S'gor kecam Zafrul guna masjid untuk berpolitik

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular