Polis siasat penulis blog Australia isu 3R

Shopee Sale

Polis sedang menyiasat seorang penulis blog Australia berhubung hantaran dalam taliannya yang didakwa menyerang raja-raja Melayu.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata Bukit Aman telah membuka siasatan 3R terhadap Murray Hunter, yang mereka percaya kini menetap di Bangkok, Thailand.

Siasatan 3R merujuk kepada kes yang menyentuh tiga isu sensitif di negara ini iaitu kaum, agama dan raja dan biasanya dikendalikan oleh pasukan khas di Bukit Aman yang dipanggil Unit Siasatan Terkelas.

“Kita sudah membuka kertas siasatan berkait isu 3R,” katanya seperti dipetik portal berita Scoop.my pagi ini.

Menurut laporan itu, Razarudin berkata polis juga telah meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penulis blog itu.

Hunter ialah penyelidik bebas dan bekas profesor dengan Universiti Prince of Songkla dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Dia aktif mengulas mengenai politik Malaysia melalui catatan blognya, termasuk membuat kritikan terhadap kerajaan dan menyentuh isu 3R.

Menurut laporan berita, Unimap pada 31 Jan mengeluarkan kenyataan menjauhkan diri daripada penulis blog itu, menegaskan bahawa Hunter tidak lagi terikat dengan universiti itu.

MENARIK:  Razlan sindir Takiyuddin: Kenapa kakak sanggup tukar 'bin' anaknya?

Cabang komunikasi korporatnya berkata perkhidmatan Hunter dengan Unimap telah ditamatkan pada 2015 dan tiada kaitan dengan Unimap sejak itu.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular