Polis siasat demo Bersih di parlimen, akan panggil penganjur

Shopee Sale

Polis membuka kertas siasatan berhubung himpunan Turun Parlimen #Reformasi100Peratus yang diadakan di laluan masuk bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya akan memanggil penganjur himpunan itu dalam masa terdekat bagi mengambil keterangan susulan himpunan itu tidak memberi notis awal sekurang-kurangnya lima hari kepada polis.

“Siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Mengikut APA 2012, notis pemberitahuan bersama dokumen sokongan perlu diserahkan sekurang-kurangnya lima hari daripada tarikh perhimpunan tersebut dianjurkan.

Terdahulu, kira-kira 60 peserta berkumpul di Plaza Tugu Negara bagi menyertai himpunan itu, sebelum mereka berarak kira-kira 900 meter menuju bangunan Parlimen.

Ia bagi menyerahkan tuntutan yang antara lain berkaitan dengan pelaksanaan agenda reformasi 100 peratus, tolak keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap mana-mana ahli politik dan menolak undang-undang dua darjat.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu mula berkumpul di lokasi ditetapkan sejak pukul 7.30 pagi, dengan dikawal ketat pihak polis.

MENARIK:  Azmin: PN tak risau Mahathir ramal DAP menang di KKB

Beberapa Ahli Parlimen antaranya Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh; William Leong Jee Keen (Selayang); Dr Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani) dan Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) menerima memorandum tuntutan daripada penganjur itu, yang diserahkan di luar bangunan Parlimen.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular