Polis nafi tiada kelulusan permit untuk perhimpunan mega Palestin

Shopee Sale

Polis menafikan bahawa tiada kelulusan permit dikeluarkan untuk program Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti yang dimaklumkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menerusi laporan sebuah portal berita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata setakat hari ini, pihak penganjur masih gagal mengemukakan sebarang pemakluman dan permohonan.

“Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak penganjur Mega Rakyat Demi Palestin pada Khamis lepas.

“Hasil perjumpaan tersebut, pihak penganjur telah dinasihat untuk mengemukakan pemakluman dan permohonan permit kepada pihak IPD Wangsa Maju,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan atau melanggar undang-undang,” katanya.

MENARIK:  Loke: 60 peratus penyewa aset RAC ialah bumiputera

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular