Polis kesan lelaki viral berpaut belakang lori

Shopee Sale

Polis Johor sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan berbahaya dengan berpaut pada belakang treler sedang bergerak di atas lebuh raya seperti yang tular di laman sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tan Seng Lee berkata pihaknya menyedari insiden itu pada 12 tengah hari semalam selepas video tular di media sosial di pautan dorvanity=756572531692398.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku di kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke Senai pada Khamis lepas kira-kira 10 pagi.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu lori Scania dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai dan dia tidak menyedari terdapat seorang lelaki berpaut di belakang kenderaan dipandunya.

"Pemandu berumur 36 tahun tersebut mendakwa hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan. Pemandu tersebut telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes untuk tampil di IPD Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 0167573507.

MENARIK:  Denmark, Jerman bina terowong bawah laut terpanjang di dunia

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat menunjukkan aksi, seorang lelaki berpakaian gelap dan menggalas beg, berdiri dan berpaut pada belakang treler yang bergerak laju.

Video dipercayai dirakam pemandu lain yang melalui jalan sama.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular