Polis buka kertas siasatan isu kenyataan presiden PAS

Shopee Sale

Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan' yang disiarkan di portal berita milik parti itu pada 20 Feb lepas yang didakwa ditujukan kepada beberapa pihak termasuk Raja-Raja Melayu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun polis belum mengambil keterangan Abdul Hadi memandangkan keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

“Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan beliau dan masih menunggu waktu yang sesuai untuk panggil dan ambil keterangan Abdul Hadi,” katanya ketika dihubungi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Feb lalu.

MENARIK:  BNM kekal OPR pada 3 peratus

Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Abdul Hadi bukan saja mengelirukan, malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular