PN Pulau Pinang sepakat PAS pertahan kerusi DUN Sg Bakap

Shopee Sale

PRK SG BAKAP | PN Pulau Pinang mencapai kata sepakat untuk memberi sokongan penuh kepada PAS menghantar wakil bagi mempertahan kerusi DUN Sungai Bakap pada pilihan raya kecil (PRK) dijadual pada 6 Julai ini.

Dalam kenyataan hari ini, PN Pulau Pinang memaklumkan persefahaman itu dicapai susulan mesyuarat yang diadakan pada Ahad lepas.

Kata PN, mereka juga melantik wakil PAS sebagai pengarah PRK DUN Sungai Bakap serta mengarahkan semua badan perhubungan kawasan parlimen memberi kerjasama sepenuhnya.

"Harapan besar untuk mendapatkan semula mandat daripada pengundi di DUN Sungai Bakap supaya terus menyelia kerajaan melalui PRK ini serta berjuang untuk menambah baik kemudahan asas dalam kawasan DUN Sungai Bakap.

"Calon PN bagi PRK DUN Sungai Bakap akan ditentukan dan diumum oleh Majlis Tertinggi PN," kata kenyataan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari mengundi, manakala 22 Jun sebagai hari penamaan calon. Tarikh pengundian awal pula ialah pada 2 Julai.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

MENARIK:  SWCorp siasat beras, barang dapur dibuang di tapak pelupusan sampah

Pada pilihan raya negeri Ogos lalu Yang Dipertua PAS Nibong Tebal itu menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular