PM ingatkan ahli parlimen k’jaan jaga tatasusila, mutu perbahasan

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua Ahli Parlimen kerajaan supaya menjaga tatasusila dan kualiti perbahasan mereka sepanjang persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata beliau menegaskan perkara itu ketika hadir pada sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama barisan Jemaah Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan seluruh Ahli Parlimen Kerajaan Madani di Putrajaya hari ini.

“Dalam amanat, saya tegaskan supaya semua Ahli Parlimen kerajaan memastikan kualiti perbahasan dan menjaga tatasusila sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung hingga 27 Mac depan.

“Ahli-Ahli Parlimen turut diberi taklimat berkaitan perjalanan Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said,” katanya sambil menambah persidangan kali ini juga akan menjadi ruang kepada semua Ahli Parlimen menyentuh pelbagai isu semasa yang mendesak terutama membabitkan kepentingan rakyat.

Pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 esok, tumpuan terarah kepada titah sulung Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Jan lepas.

MENARIK:  UiTM 'apartheid' - Andrew jahil, kata naib canselor IPTA

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini akan berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidangan kemudian akan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular