Pihak berkuasa selamatkan 93 warga Bangladesh di Cheras

Shopee Sale

Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan seramai 93 pekerja warga Bangladesh yang dilaporkan terabai dalam satu operasi di Cheras.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, operasi berkenaan dilakukan Jabatan Imigresen Putrajaya dan Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti-Pemerdagangan Orang (NSO MAPO).

Menurut mereka, mangsa yang diselamatkan dibawa ke Jabatan Imigresen di Putrajaya untuk urusan dokumentasi sebelum dibawa ke majistret untuk mendapatkan perintah perlindungan interim.

"Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan siasatan dan mendapati pekerja-pekerja berkenaan terbiar tanpa disediakan pekerjaan dan penginapan yang kondusif oleh majikan mereka.

"Majikan juga dilaporkan gagal menjaga kebajikan pekerja-pekerja ini dari segi tempat tinggal dan makan minum,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Terdahulu, aktivis hak asasi pendatang asing Andy Hall mendakwa seramai 104 pekerja Bangladesh tidak diberikan pekerjaan sejak dibawa masuk ke negara ini pada November tahun lalu oleh sebuah syarikat pembinaan di Cheras.

Menurut laporan itu, para pekerja telah membayar yuran pekerjaan yang terlalu tinggi - antara RM19,500 dan RM21,700 - dan dijanjikan gaji yang lumayan serta kemudahan yang selesa.

Menurut Saifuddin dan Sim, tindakan boleh diambil terhadap majikan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] kerana kegagalan majikan menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja.

MENARIK:  IGP: Polis tahan warga Israel, rampas enam pistol

Selain itu tindakan juga boleh diambil di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265] kerana kegagalan membayar gaji pekerja, menyenaraihitamkan syarikat terbabit dan membekukan baki kuota yang diperolehi mereka.

Tambahnya, majikan berkenaan juga boleh disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ANTIPSOM) 2007 [Akta 670] dan di bawah Akta Pasport 1966 [Akta 150] kerana dipercayai memegang pasport pekerja.

"KDN dan KSM juga memberi amaran tegas kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing agar sentiasa menjaga kebajikan pekerja serta mematuhi lunas perundangan negara," ujarnya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular