Peserta himpunan Bersih mula berkumpul

Shopee Sale

Peserta himpunan #Reformasi100Peratus mula berkumpul di pekarangan Tugu Negara, sekitar 7.30 pagi tadi.

Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu difahamkan akan berarak ke pekarangan Parlimen jam 9 pagi ini.

Mereka yang rata-ratanya berbaju hitam dan kuning yang diketuai gabungan pemantau pilihan raya Bersih akan berarak ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum.

Perhimpunan aman itu adalah bagi mendesak kerajaan menunaikan janji melaksanakan reformasi 100 peratus.

Pertama, gabungan itu menggesa kerajaan menambah baik perlindungan terhadap pemberi maklumat dan membuka akses terhadap maklumat kerajaan.

Kedua, menetapkan had tempoh jawatan perdana menteri, yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Ketiga adalah berkenaan Akta Hasutan, selaras dengan janji pilihan raya PH untuk menyemak semula dan memansuhkan undang-undang yang dilihat zalim.

Pemerhatian Malaysiakini mendapati puluhan peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum hadir pagi ini.

MENARIK:  Gencatan: Hamas bincang dengan ketua risikan Mesir

Antara mereka, termasuk beberapa pemimpin Bersih termasuk pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular