Peserta Himpunan Bangkit Ummah berkumpul depan masjid

Shopee Sale

Kira-kira 200 orang mula berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru di tengah Kuala Lumpur selepas solat Jumaat selesai hari ini dengan sebahagiannya berzikir.

Ia dipimpin Ketua Bersatu Port Dickson yang juga bekas aktivis PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Himpunan Bangkit Ummah itu dianjurkan Pemuda PAS dan Bersatu ekoran rasa tidak senang mereka terhadap beberapa isu semasa khususnya terkain dengan pemimpin DAP.

Pada 31 Dis lalu Pemuda PAS mendakwa mereka menganjurkan himpunan berkenaan selepas berasa "terancam" dengan kenyataan dibuat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Mohd Hafez Sabri, adalah antara pemimpin pembangkang yang menyampaikan ucapan.

MENARIK:  Pegawai PBB: Perlu 14 tahun untuk alih runtuhan bangunan di Gaza

[Laporan lanjut menyusul]

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular