Penyanyi dakwa penguat kuasa rakam gambarnya tanpa pakaian

Shopee Sale

Penyanyi rap Zamaera mendakwa seorang pegawai lelaki Majlis Bandar Raya Subang Jaya (MBSJ) merakam gambarnya tanpa pakaian semasa serbuan di sebuah urut di, kelmarin.

Zamaera atau nama sebenarnya Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros mendakwa privasinya diceroboh ketika dia menjalani sesi urutan di pusat urut di SS14.

Dakwanya, pegawai itu mencuri-curi rakan gambarnya yang ketika itu sedang meniarap di atas tilam dengan bahagian belakangnya terdedah sampai ke pangkal punggung.

MENARIK:  Tiong balas Akmal: Jangan jadi seperti pembangkang atau kumpulan ekstremis

Dia berkata cuma berseluar dalam ketika diurut oleh seorang tukang urut wanita.

“Saya terdengar tirai di bilik saya ditarik, dan apabila saya pusing, saya nampak seorang lelaki berkaca mata hitam pegang telefon bimbit dan rakam saya,”  dakwanya di Instragram.

View this post on Instagram

A post shared by ZAMAERA (@zamaeraaa)

Dia kemudian berkata cuba mendapatkan penjelasan namun tiada seorang pun mengaku berbuat demikian.

Zamaera membuat laporan polis dan aduan kepada MBSJ, serta menuntut permohonan maaf daripada pegawai terbabit.  

Dia menyeru prosedur serbuan MBSJ disemak semula kerana bimbang berlaku pencabulan privasi serta terdapat kemungkinan penyalahgunaan kuasa.  

Malaysiakini telah menghubungi MBSJ dan sedang menunggu penjelasan mereka.

[Baca berita asal]

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular