Penggodam dakwa dah curi data dari agensi kerajaan

Shopee Sale

Suatu kumpulan penggodam antarabangsa mendakwa mereka kini mendapat akses kepada data yang ada pada agensi kerajaan selepas dapat menceroboh "organisasi Padu".

Menamakan diri mereka sebagai R00TK1T dan membuat pengumuman melalui saluran Telegram kumpulan terbabit memberi bayangan awal bahawa ia diperoleh melalui penggodahan maklumat dalam Pangkalan Data Utama (Padu) milik kerajaan.

Bagaimanapun, melalui platform X malam tadi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan istilah Padu yang dirujuk kumpulan penggodam berkenaan ialah unit prestasi dan penyampaian dalam Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Unit tersebut, kata Rafizi, juga menggunakan akronim Padu.

LPPKN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan fungsi termasuk perkhidmatan peranancangan keluarga.

Setakat berita ini ditulis unit berkenaan belum memberikan respon kepada pertanyaan Malaysiakini.

Walaupun Rafizi dan pihak lain mendakwa pangkalan data Padu di bawah Kementerian Ekonomi tidak terjejas, ada pihak menegaskan maklumat pada LPPKN itu juga mungkin mempunyai data peribadi yang sama berkenaan rakyat negara ini.

Untuk membuktikan dakwaan penggodaman mereka, R00TK1T berkongsi gambar MyKad seorang wanita.

Portal berita teknologi SoyaCincau melaporkan, berdasarkan apa yang dikongsi kumpulan penggodam, data yang diperolehi mereka dari LPPKN mungkin bermula seawal 2019.

R00TK1T berkata ia telah melakukan penggodaman terhadap LPPKN dalam usaha menekan kerajaan supaya mengakui serangan sibernya ke atas Malaysia.

MENARIK:  Tuduh pegawai muak dengan k'jaan: SKMM lapor polis terhadap Chegubard, Salim dan Papagomo

Kumpulan itu telah mengisytiharkan pada akhir Jan bahawa ia menyasarkan infrastruktur digital Malaysia

“Malaysia, bersedialah untuk menghadapi ribut yang akan membuatkan anda hancur dan terdedah," katanya.

Pada minggu pertama Feb lalu ia mendakwa berjaya menggodam pangkalan data Maxis dan mendapat akses kepada data pelanggan.

Maxis mengakui bahawa terdapat akses tanpa kebenaran kepada salah satu sistem vendor pihak ketiganya, tetapi ini disambungkan ke rangkaian dalamannya.

R00TK1T juga mendakwa telah menggodam infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik namun ia belum disahkan.

[Baca berita asal]

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular