Pengampunan: Banduan kena kemuka permohonan, kata istana

Shopee Sale

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, menunda hukum atau lega hukum bagi sebarang kesalahan yang dilakukan di Wilayan Persekutuan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Istana Negara memberitahu Sultan Ibrahim memiliki kuasa itu mengikut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Istana Negara, Agong juga berhak meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan mahkamah bagi kesalahan tersebut.

Kuasa itu, kata Istana Negara, dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan sendiri oleh Agong.

"Oleh itu mana-mana pihak yang ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, pemohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan terbabit untuk dipertimbangkan oleh lembaga pengampunan pada mesyuarat akan datang," katanya.

Pada masa sama Istana Negara meminta semua pihak menghormati perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.

MENARIK:  PAS tempelak tawaran Zahid: 7 penggal di Nenggiri kenapa tak buat?

[Laporan lanjut menyusul]

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular