Pemandu lori disyaki bunuh teman wanita ditahan reman

Shopee Sale

Seorang pemandu lori yang disyaki membunuh teman wanita dengan menolaknya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam malam tadi, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata tempoh reman lelaki berumur 37 tahun itu diperoleh pihaknya daripada Mahkamah Majistret di Shah Alam pagi tadi.

"Mahkamah membenarkan tempoh reman terhadap mereka bermula hari ini hingga 6 Mac (Rabu). Kebenaran berkenaan diperoleh daripada Majistret Farah Rosnan," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Mohd Iqbal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian seorang wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium pada 10.02 malam dan menurut saksi, berlaku pergaduhan antara suspek dengan wanita itu sebelum ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata perintah reman tujuh hari terhadap seorang lelaki yang dipercayai memukul ibunya menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sehingga meninggal dunia, dikeluarkan oleh Majistret yang sama hari ini.

MENARIK:  PULASAN | Emas yang semakin hilang

Suspek berumur 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang pada 11.30 pagi semalam selepas disyaki memukul ibunya di sebuah rumah di Kampung Jawa, Klang dekat Shah Alam hari yang sama.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular