Peguam Najib persoal kenapa ada dokumen tidak dikongsi

Shopee Sale

BICARA 1MDB l Mahkamah Tinggi, di Kuala Lumpur, hari ini diberitahu, tidak semua dokumen siasatan skandal 1MDB yang diperoleh pendakwaan melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dari dua negara diserahkan kepada pasukan pembelaan, Najib Razak.

Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara itu semasa pemeriksaan balas penguasa kanan SPRM Nur Aida Arifin pada perbicaraan rasuah 1MDB bekas perdana menteri itu yang membabitkan penyelwengan RM2.27 bilion.

Muhammad Shafee Abdullah

Peguam itu mengemukakan soalan tersebut apabila Nur Aida memaklumkan bahawa beberapa bahagian dokumen dari Hong Kong dan Switzerland tidak dikemukakan di mahkamah kerana ia tidak berkaitan dengan siasatan.

Saksi pendakwaan ke-49 itu menjelaskan bahawa bahan yang dikemukakan di mahkamah adalah yang dianggap relevan oleh pendakwa dalam kes mereka terhadap Najib.

Shafee: Mengapa kamu tidak memberikan selebihnya kepada pembelaan supaya kami boleh memutuskan sama ada ia relevan dengan pembelaan atau tidak?

Nur Aida: Apabila saya lihat dokumen itu, bagi saya ia tidak relevan, dan saya beri taklimat kepada pasukan pendakwaan dalam kes ini, dan selepas pihak pendakwaan menelitinya, dan mencadangkan dokumen itu dikemukakan di mahkamah.

Collin Lawrence Sequerah

Apabila Hakim Collin Lawrence Sequerah memaklumkan kepada pasukan pembelaan bahawa pihak pendakwa raya yang memutuskan dokumen mana yang hendak dikemukakan dan bukannya Nur Aida, Shafee menjawab dia perlu mennyoal balas terhadap pegawai SPRM itu kerana Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib tidak berada di kandang saksi.

MENARIK:  Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama

Akram adalah sebahagian daripada pasukan pendakwaan.

Semasa disoal lanjut oleh Shafee, Nur Aida menjelaskan bahawa dokumen itu tidak dikemukakan di mahkamah dan tidak diberikan kepada pasukan pembelaan kerana ia dianggap tidak relevan dengan kes itu.

Nur Aida memberikan keterangan terhadap Najib, 70, yang berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan kemudiannya bersambung Isnin ini.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular