Pasangan warga emas maut kebakaran di bengkel kenderaan

Shopee Sale

Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan yang bersambung dengan rumah mereka di Jalan Datuk Bandar Mustapha, dekat Kuchiing, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata mangsa Chin Ah Jon, 70, dijumpai di kawasan ruang tamu manakala isterinya, Lim Gek Hue, 60, di bilik tidur.

“Anak pasangan itu mengesahkan kedua-dua mangsa merupakan ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 4 pagi dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.23 pagi, sebelum memulakan operasi mencari mangsa.

“Bomba mendapatkan bantuan anjing forensik daripada Unit K9 JBPM Sarawak, Wief bagi mengumpul bahan bukti serta mencari punca kejadian itu,” katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, memaklumkan struktur bengkel berkenaan terbakar 100 peratus, selain lima kenderaan pelbagai jenis turut terbakar sepenuhnya.

MENARIK:  'Bermandi lumpur, dia terlepas temu duga sebab bantu saya dan isteri'

Mayat pasangan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular