PAS tetap akan meneruskan rancangan mereka berhimpun sebagai tanda solidariti buat Najib Razak di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin ini.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata mereka berhimpun semata-mmata mahu mempertahankan kuasa dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang diangap parti itu dimanipulasi.
Isu titah tambahan (adendum) itu juga, katanya, menampakkan berlaku sesuatu yang tidak telus, dan pada masa sama PAS mahu menyokong semua usaha sah Najin "mendapatkan keadilan" mengikut undang-undang.
"Dengan itu PAS tiada hasrat untuk menyemak kembali seruan yang telah dibuat berhubung kehadiran aman ahli-ahlinya pada hari, masa dan tempat yang dinyatakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan PAS menganggap kehadiran orang ramai ke himpunan solidariti berkenaan sekali-kali tidak menyanggah mahupun mengurangi makna dan tujuan titah Agong yang dikeluarkan Istana Negara semalam.
[Laporan lanjut menyusul]