Noh Omar, Dani Rais dilantik ahli MPT Bersatu

Shopee Sale

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan pelantikan lima ahli baru ke dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

"YB Presiden (Muhyiddin Yassin) telah melantik lima orang ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan ketua-ketua badan pimpinan negeri dan timbalan masing-masing selaras dengan peruntukan di dalam perlembagaan parti.

"Gabungan pimpinan muda, profesional dan pimpinan yang berpengalaman diyakini akan membantu memperkukuhkan organisasi Parti dan meneruskan idealisme Bersatu," kata Setiausaha Agungnya Mohamed Azmin Ali pada satu kenyataan malam ini.

Menurut Azmin pelantikan ini diumumkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang pertama bagi tahun 2025, yang dipengerusikan presiden parti.

"Mesyuarat tersebut turut membincangkan persiapan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat, dengan Bersatu mengadakan perbincangan dan libat urus dengan pelbagai pihak di kalangan pemegang taruh di Sabah, memperhalusi kawasan-kawasan tumpuan dan menyediakan manifesto untuk masa depan rakyat Sabah," katanya lagi.

Senarai ahli MPT Bersatu yang dilantik:

  • 1. Adun Jeram Harisson Hassan (Bahagian Kuala Selangor)

  • 2. Bekas Adun Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bahagian Kepala Batas)

  • 3. Danni Rais, anak kepada tokoh politik terkenal Rais Yatim (Bahagian Jelebu)

  • 4. Senator Alkaf Jaziri Abdillah Suffian (Bahagian Santubong)

  • 5. Bekas pemimpin Umno yang dipecat, Noh Omar (Bahagian Tanjong Karang)

MENARIK:  Mahkamah rayuan akan putuskan pendakwaan peribadi terhadap Zamri, Firdaus

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular