Nie Ching sahkan Majlis Media akan ada kod etika sendiri

Shopee Sale

Timbalan Menteri Komunikasi mengesahkan kod etika wartawan yang dilancarkan Jabatan Penerangan semalam berbeza dengan kod etika yang dirangka oleh Majlis Media.

“Japen sentiasa ada kod etika sendiri sejak 1989. Ia bukan dokumen baru.

“Majlis Media akan ada kod etika sendiri untuk anggotanya.

“Kod etika Japen untuk pemilik Kad Perakuan Media,” kata Teo Nie Ching kepada Malaysiakini pagi ini.

Kod yang diperkenalkan pada 1989 itu sebenarnya diterbitkan oleh diterbitkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), NGO yang terkenal dengan Hadiah Kewartawanan dan disokong kerajaan.

Rang Undang-undang (RUU) untuk membentuk Majlis Media masih dalam peringkat draf dan dijangka dibentangkan di parlimen pada Jun ini.

Majlis itu dibentuk supaya media dapat mengawal sendiri industri itu.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Japen berhak membatalkan kad perakuan media jika berlaku pelanggaran etika manakala Majlis Media pula akan menyelia pematuhan kod itu.

MENARIK:  LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh

Sementara itu, ditanya berkaitan pelaksanaan kod itu memandangkan terdapat pertindihan antara kod Japen dan Majlis Media, Teo menyerahkan perkara itu kepada Fahmi untuk menjelaskannya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular