Nga: Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia

Shopee Sale

Ketua Whip Parlimen DAP Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.

Beliau berkata masyarakat Madani yang bersatu, yang disifatkan sebagai komponen penting untuk negara terus mencipta kejayaan dan maju, memerlukan kerjasama strategik semua pihak yang merentasi kaum, antara bumiputera dan bukan bumiputera.

"Dalam era globalisasi yang sedang kita alami, persaingan yang sebenar adalah antara syarikat tempatan dengan syarikat asing khususnya badan korporat antarabangsa.

"Oleh yang demikian, bangsa Malaysia perlu bekerjasama dan bukan bersaing sesama sendiri (atau) terjejas dengan pemikiran lapuk yang terbelenggu dengan mentaliti permainan hasil tambah sifar," katanya menerusi kenyataan selepas menghadiri Kongress Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, Nga bersetuju dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa masyarakat Malaysia Madani perlu fokus meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di pentas global dan bukan menumpukan perhatian kepada persaingan antara masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Nga juga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa semua rakyat Malaysia supaya berusaha mencari peluang bekerjasama berpaksikan kepada prinsip Malaysia Madani untuk mencapai kejayaan bersama.

MENARIK:  KDN atur gerak 66,042 anggota hadapi Monsun Timur Laut

Semangat kerjasama itu, menurut Nga dapat menjadikan Malaysia kembali disegani dan dihormati di pentas dunia serta menjadi ekonomi ke-30 terbesar dan menduduki tangga ke-12 indeks daya saing dunia menjelang 2030.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular