Naimah ahli Muda tapi Daim bukan ‘godfather’ kami – Muda

Shopee Sale

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata hartawan Daim Zainuddin bukan ‘godfather’ dan pembiaya terbesar mereka walaupun isterinya Naimah Khalid mengganggotai parti itu.

“Sesiapa yang mahu mengatakan Daim adalah godfather atau pembiaya terbesar Muda, itu memang tidak benar,” kata pemangku presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz, seperti dilaporkan FMT.

Amira Aisya berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan pembiaya partinya.

Sementara itu, dia juga menegaskan bahawa Muda mempunyai struktur pembiayaan dalaman yang ketat.

Amira Aisya Abd Aziz

Katanya, seseorang penderma hanya boleh menyumbang sehingga RM200,000 pada satu-satu masa.

Dia juga berkata Daim tidak menganggotai parti itu.

Sementara itu, Amira juga berkata tidak adil mempertikai sumber pembiayaan Muda memandangkan Malaysia tidak mempunyai akta pembiayaan politik.

Naimah bulan lepas diheret ke mahkamah atas pertuduhan gagal mematuhi notis pengisytiharan harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Daim juga berdepan pertuduhan sama beberapa hari selepas itu apabila didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan dalam 38 syarikat, 19 bidang tanah di pelbagai negeri serta enam hartanah.

MENARIK:  Cubaan hidupkan ajaran Ayah Pin dalam perhatian k'jaan

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular