Menteri: Hentikan tafsiran salah ‘liberal’ dalam Rukun Negara

Shopee Sale

Perkataan 'liberal' dalam mukadimah Rukun Negara merujuk kepada keterbukaan menerima perbezaan dalam masyarakat majmuk, jelas Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang hari ini.

Justeru, dia berkata semua pihak harus mengelak daripada menyalah tafsir penggunaan perkataan 'liberal' dalam deklarasi itu.

"Salah satu cita-cita Rukun Negara adalah; menjami satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak.

"Dalam konteks ini, perkataan liberal merujuk kepada sikap keterbukaan dan penerimaan (faham, hormat dan terima) kepada perbezaan budaya antara kaum dan etnik.

"Rakyat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara," kata Aaron pada satu kenyataan hari ini.

Kenyataan menteri itu sehari selepas ikrar penuh Rukun Negara dibacakan di Dewan Rakyat semalam, membawa kepada wacana mengenai perkataan 'liberal' dalam deklarasi tersebut.

Sesetengah pihak di media sosial mendakwa Rukun Negara telah diubah suai selepas kerajaan gabungan pimpinan PH ditubuhkan, untuk memasukkan perkataan 'liberal' ke dalam ikrar itu.

Bagaimanapun, fakta menunjukkan Rukun Negara kekal tidak berubah daripada bentuk asalnya yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970.

Pendedahan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap deklarasi itu cuma terhad kepada lima prinsip dan kebiasaannya mengkesampingkan bahagian cita-cita Rukun Negara.

MENARIK:  K'jaan teliti pelepasan cukai konsert, festival dan acara sukan - Fahmi

Ikrar deklarasi ini biasanya dibacakan pada perhimpunan di sekolah-sekolah namun tidak secara penuh.

Perkataan liberal dalam konteks politik adalah bertentangan dengan konservatisme, yang memandang liberalisme sebagai ancaman terhadap norma budaya, masyarakat dan agama.

Rukun Negara diperkenalkan sebagai satu cara untuk membentuk ideologi negara yang menyatukan rakyat Malaysia selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular