Mangsa banjir S’wak meningkat petang ini

Shopee Sale

Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.30 petang tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah PPS di negeri itu meningkat kepada tiga berbanding dua pada pagi tadi susulan pembukaan PPS Dewan Masyarakat Stapok, di Kuching lewat tengah hari.

Menurut JPBN Sarawak jumlah mangsa banjir meningkat kepada 191 orang daripada 54 keluarga berbanding 18 orang daripada enam keluarga tengah hari tadi.

“Buat masa ini, dua PPS melibatkan kawasan Kuching iaitu Dewan Kampung Sinar Budi Baru dan Dewan Masyarakat Stapok yang masing-masing menempatkan 34 dan 135 mangsa.

“Satu lagi PPS diaktifkan di Bau iaitu Dewan Kampung Segong yang menempatkan enam mangsa,” menurut laporan itu hari ini.

Hujan berterusan sejak 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di selatan negeri itu mengalami banjir.

MENARIK:  'Pergantungan pada import lateks antara faktor penutupan Goodyear'

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular