Lembaga Pengarah Tourism Malaysia sokong perubahan strategik menteri

Shopee Sale

Ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia menyokong penuh perubahan strategik yang dibawa oleh Menteri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tiong King Sing susulan keputusan menurunkan pangkat ketua pengarah Tourism Malaysia, Ammar Abd Ghapar.

Dalam satu kenyataan mereka berkata terdapat keperluan untuk sektor pelancongan membuat perubahan ketara terutamanya dari segi kaedah mempromosi produk pelancongan.

"Sepertimana yang kita ketahui, Industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama sektor ekonomi negara dengan menjadi penyumbang KDNK ke-5 terbesar.

"Walaupun kadar ketibaan dan perbelanjaan pelancong telah merekodkan pertumbuhan positif, tetapi ia masih jauh di bawah paras pra-pandemik. Oleh itu, industri pelancongan negara perlu bersaing dengan negara-negara jiran secara lebih kompetitif," kata kenyataan itu

Menurutnya, berdasarkan pelbagai maklum balas yang diterima daripada pemain industri, negeri-negeri dan orang awam, terdapat keperluan untuk sektor pelancongan membuat perubahan ketara terutamanya dari segi kaedah mempromosi produk pelancongan negara, selaras dengan keperluan masa kini.

"Kami menyokong penuh halatuju perubahan strategik yang dibawa oleh YB Menteri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Justeru itu, barisan Lembaga Pengarah Tourism Malaysia akan berusaha untuk memberikan maklum balas dan panduan bagi memastikan aspirasi ini dapat diterima dan dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik dan telus.

MENARIK:  Skandal rasuah: Dedah identiti pemegang lesen cari gali - Adun Sabah

"Kami tetap teguh dan komited dalam melakukan apa yang terbaik demi kepentingan negara.

Ammar pada 23 Feb lalu mengesahkan perkhidmatannya ditamatkan berkuat kuasa Isnin ini dan telah menerima notis daripada pejabat Tiong bertarikh 22 Feb.

Keputusan menteri itu mendapat kritikan daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) yang menyatakan notis singkat itu mengundang persepsi negatif terhadap penjawat awam.

Tiong bagaimanapun mempertahankan keputusannya dengan mengatakan ketua pengarah Tourism Malaysia itu diturunkan pangkat kepada timbalan ketua pengarah kerana gagal berkhidmat dengan berkesan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular