Lelaki hilang di Lata Hammer ditemukan lemas

Shopee Sale

Penuntut institusi pengajian tinggi awam yang hilang di air terjun Lata Hammer, Bentong dekat Kuantan sejak Ahad lepas, ditemukan lemas hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mayat Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, ditemukan pada 11.50 pagi.

"Mayat ditemukan terapung kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini, turut dibantu dua anjing pengesan.

Polis sebelum ini mengesahkan Muhamad Hafiz ke air terjun yang terletak di Jalan Lama Bentong-Gombak itu pada 12.30 tengah hari Ahad untuk beriadah bersama tujuh rakan.

Mangsa yang beralamat di Janda Baik, Bentong dikatakan hilang semasa keadaan di air terjun kelam- kabut disebabkan dua wanita hampir lemas, namun kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh orang awam di situ.

MENARIK:  KOMENTAR | Politikus 'terpaling benar' di Malaysia

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular