Lebih 6,400 doktor pelatih Korea Selatan letak jawatan

Shopee Sale

Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.

Timbalan Menteri Kesihatan Kedua, Park Min-soo berkata kementerian mengarahkan 831 doktor pelatih untuk kembali bekerja, susulan ketegangan antara doktor dan kerajaan yang meningkat berikutan cadangan untuk meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan negara itu sehingga 2,000 pelajar pada tahun depan.

Park berkata setakat Isnin seramai 6,415 doktor pelatih di 100 hospital menyerahkan surat peletakan jawatan mereka, dengan kira-kira 1,600 daripada mereka berhenti kerja, lapor Agensi Berita Yonhap.

Terdapat kira-kira 13,000 doktor pelatih di Korea Selatan.

Dengan doktor pelatih berhenti bekerja di beberapa hospital, sebahagian daripada pesakit telah mengalami kelewatan dalam operasi pembezahan dan rawatan lain.

Namun, tiada laporan gangguan besar dalam perkhidmatan perubatan setakat ini.

Park berkata bagi menangani potensi gangguan perkhidmatan perubatan, kerajaan akan melanjutkan waktu operasi di 97 hospital awam dan wad kecemasan di 12 hospital tentera yang akan dibuka kepada orang ramai.

MENARIK:  Terima Umno tapi tolak Zahid kerana kes rasuahnya DNAA, kata PAS

"Kami sangat kecewa dan bimbang bahawa tindakan kolektif oleh doktor pelatih telah menyebabkan gangguan dalam perkhidmatan perubatan, seperti pembatalan pembezahan," kata Park.

Kerajaan Korea Selatan berkata peningkatan dalam kuota kemasukan diperlukan untuk menangani kekurangan doktor, terutamanya di kawasan luar bandar dan bidang perubatan penting, seperti pembezahan berisiko tinggi, pediatrik, obstetrik dan perubatan kecemasan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular