Lagi kekecohan babitkan warga Palestin di Wisma Transit

Shopee Sale

Kekecohan membabitkan warga Palestin di Wisma Transit di Kuala Lumpur dipercayai berpunca daripada keinginan mereka agar proses permohonan untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 petang Sabtu (4 Jan).

"Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat. Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL,” kata kenyataan itu.

ATM berkata warga Palestin terbabit bersurai kira-kira jam 7.30 petang hari yang sama.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden tersebut," jelasnya.

Terdahulu, tular beberapa video menunjukkan kekecohan membabitkan sekumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak warga Palestin di Wisma Transit.

Dalam satu rakaman video, seorang wanita dilihat memegang sepanduk bertulis dalam bahasa Inggeris: "Tidak perlu dihantar pulang, kami perlu kembali ke Mesir," manakala dua anggota beruniform dilihat berdiri berhampiran pasu bunga yang dipecahkan.

Video kedua menunjukkan kumpulan warga Palestin berkenaan berada di pekarangan bangunan dan membakar sesuatu di atas jalan tar.

Pada Oktober tahun lalu, kejadian serupa dilaporkan berlaku di bangunan sama membabitkan dua wanita Palestin kerana tidak berpuas hati apabila mereka dilarang meninggalkan bangunan itu atas faktor keselamatan.

MENARIK:  Sivaranjani dipilih jadi Setiausaha Agung PSM

Salah seorang wanita itu bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan dia bersedih atas kehilangan tiga anaknya dan tertekan kerana gagal menghubungi anak-anaknya yang lain yang masih berada di Gaza.

Pada 16 Ogos tahun lalu, dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor. Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah, Mesir dengan membawa 41 pesakit dan 86 ahli keluarga mereka.

Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat pencerobohan Israel.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular