KPN gesa orang ramai tak sertai himpunan berhubung kuasa perogatif Agong

Shopee Sale

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan berkaitan hak perogatif Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan banduan.

Kenyataan Razarudin susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara awal hari ini serta kebimbangan mengenai keamanan dan keselamatan awam.

"PDRM menggesa supaya orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

"Semua rakyat digesa untuk sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara khususnya kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang merupakan pancang kepada kemakmuran dan keharmonian negara," katanya dalam satu kenyataan.

Meski tidak menyatakan perhimpunan yang dimaksudkan, Razarudin dipercayai merujuk kepada perhimpunan yang akan berlangsung pada Isnin bagi menyokong bekas perdana menteri Najib Razak.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Jan, tarikh yang sama dengan perbicaraan mahkamah berhubung dakwaan titah adendum bagi membenarkan Najib menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.

Awal hari ini, Istana Negara berkata sesiapa yang ingin mendapatkan pengampunan bagi banduan mesti mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

Ia menyebut bahawa Agong mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan atau memberikan lega hukum mengikut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Najib dipenjarakan dan didenda selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dalam kes SRC International.

MENARIK:  Gaji minimum naik lebih tinggi ketika pentadbiran Ismail Sabri, kata PSM

Susulan mesyuarat pada 29 Jan, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan hukumannya kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Ia bagaimanapun disusuli dakwaan bahawa pengerusi Lembaga Pengampunan pada masa itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, juga telah membuat perintah tambahan untuk Najib menjalani baki hukumannya di rumah.

Najib kemudiannya memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan mendedahkan kewujudan titak adendum itu dan melaksanakannya.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berkata permohonan tahanan rumah Najib mesti melalui saluran yang betul - Lembaga Pengampunan - supaya keputusan sedemikian dapat mengelak daripada dicabar di mahkamah.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular