Kongres ekonomi bumiputera ‘inklusif’: Ti puji keberanian PM

Shopee Sale

Ahli Dewan Negara dari MCA, Ti Lian Ker memuji Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas keberanian untuk menangani isu-isu sensitif agama dan perkauman secara objektif demi kepentingan rakyat Malaysia dan ke arah mewujudkan kerajaan yang lebih inklusif.

"Saya ingin menyatakan sokongan saya dan menyeru semua rakyat Malaysia yang berfikiran progresif, tanpa mengira latar belakang etnik atau agama, untuk terus menyokong apa yang betul dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Yang patut dipuji perlu dipuji," katanya kepada Malaysiakini.

Bekas naib presiden MCA itu mengulas kenyataan Anwar bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang dijadualkan berlangsung dari 29 Feb hingga 2 Mac adalah lebih inklusif.

Perdana menteri berkata kongres itu dijangka mendapat kerjasama dan penyertaan bersama masyarakat Cina dan India bagi membantu menangani masalah kemiskinan selain membincangkan isu berkaitan ekonomi Bumiputera.

Ti berkata, dia memahami kesukaran yang dihadapi kerajaan perpaduan dalam mengubah pendekatan politik daripada berpaksikan Melayu kepada sederhana.

"Lebih-lebih lagi di saat emosi orang Melayu kembali digembar-gemburkan oleh pelampau Umno, PAS dan Bersatu untuk menawan majoriti undi Melayu menjelang PRU16, kerana undi Melayu akan menjadi penentu utama keputusan pada pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Ti berkata dia bersetuju dengan Anwar bahawa untuk menangani isu ekonomi negara, pendekatan menyeluruh dan inklusif diperlukan.

"Atas sebab itulah saya menyuarakan kebimbangan saya bahawa kongres semata-mata untuk orang Melayu dengan mengorbankan kepentingan negara akan merugikan dan telah terbukti memudaratkan negara apabila beberapa personaliti politik yang berkuasa menyalahgunakan kedudukan mereka.

"Mereka menyalahgunakan kedudukan dan memaksa perubahan atau pemindahan ekuiti atau pemilikan daripada bukan bumiputera kepada bumiputera atas nama Dasar Ekonomi Baru dan ekuiti bumiputera.

MENARIK:  Polis lepas lima das tembakan amaran kereta lari sekatan

"Ini telah memaksa ramai pelabur dan juga menyebabkan perniagaan yang bagus menjadi buruk apabila pemilikan diubah kepada struktur yang 'berpandu politik' yang tidak mesra perniagaan," katanya.

Ti berkata bekas menteri kesihatan Chua Jui Meng pernah menyatakan bahawa gerakan politik sedemikian berlaku semasa tempoh Dr Mahathir Mohamad.

Anwar yang merasmikan majlis prapelancaran KEB 2024 pada Rabu berkata dia akan menjemput pemimpin dewan perniagaan yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India minggu depan untuk memberikan pandangan dan input supaya KEB 2024 tidak dianggap eksklusif.

"Ia (KEB 2024) masih menekankan masalah yang dihadapi oleh bumiputera… tetapi pendekatan bersepadu kerajaan Madani harus lebih inklusif.

"Pendekatan inklusif bermaksud bercakap tentang ekonomi bumiputera, ada isu seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau kumpulan India miskin yang kita akan tangani bersama," katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular