K’jaan rakam takziah buat keluarga Taib, rakyat Sarawak

Shopee Sale

Pentadbiran Kerajaan Madani hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia awal pagi hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Sarawak di atas kehilangan itu.

“Berdukacita atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.

“Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati,” kata Perdana Menteri.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.

“Al-Fatihah,” katanya.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini.

MENARIK:  Tak salah MP PN pakai lilitan putih, kata timbalan speaker

Pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular