Khalid Samad bakal terajui Kada

Shopee Sale

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), kata sumber Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Bercakap kepada Malaysiakini, sumber itu berkata, bekas menteri Wilayah Persekutuan berkenaan akan menggantikan bekas pengerusi PH Kelantan Muhammad Husain yang menggalas jawatan itu sejak Mei tahun lalu.

"Watikah perlantikan sudah disampaikan kepada Khalid dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Pertanian di Kuala Lumpur, semalam.

"Pelantikan Khalid dijangka akan berkuat kuasa pada 1 Dis depan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini, namun enggan didedahkan identiti.

Kada merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang bertanggungjawab memajukan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial golongan petani di kawasan Kemubu di Kelantan dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani dan pengeluaran makanan negara.

Muhammad menggalas jawatan itu sejak 15 Mei tahun lalu bagi menggantikan penyandang terdahulu yang juga Pengerusi Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor.

MENARIK:  Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023

Ketika dihubungi Muhammad mengesahkan jawatannya ditamatkan berkuat kuasa 30 Nov ini.

"Ya," katanya ringkas tanpa mengulas lanjut perkara itu.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular