Ketua NGO dalam senarai FBI: KDN sedang dapatkan gambaran tepat

Shopee Sale

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin NGO Islam negara ini yang disenaraikan dalam Terrorist Screening Center atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia sudah menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berhubung perkara itu.

“Saya pun baru mengetahui perkara itu dua hari lepas dan sudah menghubungi ketua polis negara untuk dapat gambaran tepat. Apa yang kita tahu ialah FBI membuat permohonan berkaitan perkara itu, jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat.

"Saya tak bersedia beri fakta tangkap muat atau samar-samar,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury di Putrajaya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Susulan itu, Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

MENARIK:  Aerotrain dijangka beroperasi semula menjelang 31 Jan 2025 - Loke

Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari sebelum ini mengesahkan kesahihan surat pemakluman berkenaan yang diterimanya daripada Kementerian Luar bahagian Asia Barat.

Ops Ihsan diilhamkan bekas Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai platform kerjasama antara Kementerian Luar dan NGO bagi menggerakkan sokongan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

-Bernama

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular